Home Artikel PAS Melaka

Perginya sahabat, Istiqamah hingga akhir hayat.

321 views
SHARE

Telok Mas, Melaka – Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad dan isteri menziarahi keluarga sahabat baik beliau Almarhum Hj Abd Rahim Mohamed, Bendahari PAS Kawasan Kota Melaka pada 8 Jun yang lalu.

Ustaz Idris juga diiringi Timbalan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Melaka Hj Ismail Ahmad dan isteri tiba di kediaman keluarga almarhum jam 12.00 tengahari.

Ust Idris dan isteri bertanya khabar dan mengucapkan takziah kepada isteri almarhum Puan Hjh Zahrah Tahir selain mengharapkan sabar dan tabah dengan ujian ini. Almarhum di kurniakan empat orang anak dan dua cucu.

Almarhum Hj Abd Rahim meninggal dunia pada lewat malam 5 Jun yang lalu akibat komplikasi diabetis.

Ketika hayatnya banyak menabur bakti dan jasa kepada PAS Melaka.

Almarhum pernah bertanding atas tiket PAS pada PRU 1990 di Dun Bukit Asahan.

Menurut Ustaz Idris hubungan baik beliau dengan almarhum bermula ketika bersama pada zaman Pemuda PAS Melaka pada awal 90 an.

Pada waktu itu Ust Idris bertugas sebagai penyarah di ITM, Melaka.

Almarhum tetap istiqamah dalam perjuangan politik bersama PAS dan moga Allah menempatkan almarhum Hj Abd Rahim bersama dengan hambaNya yang soleh. *AMIN YA RABBAL A’LAMIN*

{jathumbnail off}