Home Artikel PAS Johor

Semarak Ramadan PAS Tebrau Mengupas Konsep Ta’awun Siyasi

133 views
SHARE

Semarak Ramadan PAS Tebrau Mengupas Konsep Ta’awun Siyas


Oleh: Hafsah AR

Tebrau, 20 Mei 2019 : Dewan Ulama’ PAS Negeri Johor dengan kerjasama Urusan Ulama’ PAS Kawasan Tebrau telah menganjurkan program Semarak Ramadhan di Markaz PAS Kawasan Tebrau, Taman Bukit Tiram semalam.

Program yang dihadiri oleh ahli PAS Tebrau dan sekitar dimulai dengan tazkirah Ramadan sebelum iftar, solat Maghrib, Isyak, dan solat sunat terawih secara berjemaah. Program turut meriah dengan kehadiran Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin.

Pengisian kuliah disampaikan oleh Ketua Lajnah Pembangunan Alimat, Keluarga dan Masyarakat Dewan Ulama’ PAS Negeri Johor, Ustazah Aliya Nurdina binti Jamaludin dengan tajuk ‘Ta’awun Siyasi: Suatu Perbahasan. ‘ Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Tebrau, mengupas konsep taawun dalam Al-Quran dan Hadis, serta pelaksanaannya dalam kehidupan sosial dan politik di Malaysia.

“Cantiknya kita dalam PAS menggunakan pendekatan muwajahah silmiyyah iaitu berdepan secara damai dalam urusan politik menjadikan kita dapat mempelajari pelbagai konsep hubungan seperti Ta’awun, Tahaluf, Sulhu dan Mujadalah dalam senario masyarakat kita yang berbilang kaum.” ujar Ustazah Aliya dalam mukaddimah pengisiannya.

Sebelum menutup pengisiannya, Ustazah Aliya mengingatkan seluruh ahli PAS agar tidak mengabaikan ukhuwah sesama jemaah dalam menyambut salam ta’awun ini. Beliau menyeru hadirin untuk sentiasa bersederhana dan mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.