Home Artikel PAS Johor

Tiga Program Serangkai PAS Pulai

143 views
SHARE

Pulai : Sempena bulan Ramadhan, tiga program berasingan iaitu Bubur Lambuk Perpaduan, Bantuan Asnaf dan Edaran Sahur kepada Gelandangan telah dianjurkan oleh PAS Kawasan Pulai bagi mendekati dan menyantuni masyarakat pada 18 Mei yang lalu.

Program Bubur Lambuk Perpaduan dianjurkan bersama dengan UMNO Bahagian Pulai bertempat di Taman Cempaka. Bubur lambuk ini kemudiannya diedarkan kepada masyarakat setempat.

Sementara itu pada sebelah petang, Majlis Iftar Jama’ie dan Sumbangan Baju Raya anjuran PAS Cawangan Taman Perling & Bukit Indah diteruskan bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan dan meraikan mereka dalam sebuah majlis berbuka puasa.

Pada sebelah malam pula, Dewan Muslimat Pas Kawasan Pulai dan Puteri UMNO Bahagian Pulai telah menganjurkan program Edaran Sahur kepada gelandangan di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Islam amat menggalakkan agar orang beriman untuk mengambil tahu serta membantu orang yang susah dan memerlukan. Demikian antara intipati ucapan yang disampaikan oleh YDP Pas Kawasan Pulai, En Dzulkifli Suleiman di dalam program yang dianjurkan.

Program yang dianjurkan oleh pihak PAS dapat memberi impak positif kepada PAS dalam membawa aspek kebajikan dan dakwah Islam.