Home Artikel PAS Wilayah

Ameerah Bandar Tun Razak Menceriakan Ramadhan 10 Keluarga Asnaf

60 views
SHARE

19 Mei 2019, Bandar Tun Razak: Ameerah Bandar Tun Razak (BTR) menceriakan Ramadhan 10 keluarga asnaf yang tinggal di PPR Mulia dan PPR Desa Tun Razak menerusi program Ameerah Care.

Sumbangan berbentuk barang makanan asas dan sedikit wang ringgit bagi membantu meringankan bebanan keluarga asnaf berkenaan menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Selain itu, Ameerah BTR juga sempat mengedarkan bubur lambuk dan sisipan mengenai Nuzul Al Quran dan kelebihan Malam Al Qadar yang disediakan oleh Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS BTR di sekitar perkarangan Bazar Ramadhan Kg Malaysia.

Semoga program seperti dapat memperkenalkan Ameerah selaku salah satu entiti muslimat muda PAS yang berada di bawah Dewan Muslimat PAS.

#AmeerahBandarTunRazak
#AmeerahCare
#MuslimatMudaPAS

Like | Share
FB Ameerah Bandar Tun Razak