Home Berita PAS Johor

Semarak kasih Ramadan : Muslimat Sekijang santuni asnaf

148
SHARE

Oleh Wardatul Jannah Assoffea

SEKIJANG , 23 April : Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang menyantuni asnaf dalam program Semarak Kasih Ramadan di DUN Kemelah di sini, harini.

Sumbangan bertujuan untuk membantu meringankan beban asnaf dan menceriakan suasana Aidil Fitri.

Menurut Normala Sudirman, pemberian sumbangan barang keperluan dapur kepada asnaf di sekitar Dun Kemelah.

“Ada ibu tunggal yang masih bersedih dengan pemergian suami tercinta. Ada dikalangan mereka yang kurang upaya, warga emas yang uzur serta anak yatim”, katanya.

Program yang diadakan saban tahun ini akan digerakkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor.

Turut hadir dalam program ziarah ini adalah Yang di-pertua PAS Kawasan Sekijang, Maarof Abd Mutalib serta Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang, Junaidah Samsudin.