Home Kenyataan Media PAS Melaka

Selamat menyambut Hari Polis ke-214 – PAS Melaka

266
SHARE

Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Melaka


SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE-214

1. Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka (BPPNM) mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-214 kepada semua anggota Polis seluruh Malaysia.

2. Sesungguhnya, peranan, tanggungjawab anggota Polis sangat penting dan besar. Dalam keadaan Negara yang dilanda wabak Covid-19, Polis antara barisan hadapan tidak mengenal erti penat lelah dan terus berkhidmat menjaga keselamatan rakyat dan Negara. Tahniah!

3. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesihatan buat semua anggota Polis agar terus kuat, demi agama, masyarakat dan negara.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

DATUK USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka