Home Artikel PAS Pahang

YB Adun Jengka Rasmi NGO Cakne Rakyat

268
SHARE

” Sebarkanlah salam, berilah makan, dan jadilah kalian bersaudara sebagaimana Allah perintahkan “.

Hadis Nabi daripada Pengerusi En.Shafie Md Esa dalam majlis Perasmian ” Food Bank ” dari NGO Cakne Rakyat tersebut sebagai mukadimmah ucapan aluannya.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian tersebut Wakil Pegawai Daerah Maran,Tuan Kadi En.Zaharuddin Alias, En.Zulkarnain Wakil Majlis Daerah Maran, Ketua – ketua Jabatan, Pengurus BIMB, Maybank, Agro Bank.

Cakne Rakyat yang sudah 4 tahun ditubuhkan dengan tujuan utamanya adalah membantu mereka dari asnaf untuk menyalurkan bekalan makanan. Pejabat Operasi dan tempat simpanan barangan terletak di alamat no.2 Jalan Lintasan Semarak Bandar Jengka.

Setiap bulan bilangan mereka yang mendapatkan bekalan makanan bertambah. Sehingga kini 95 orang setiap bulan dengan anggaran melebihi RM7000 lebih mendapatkannya.

Oleh itu YB Ustaz Shahril Azman dalam ucapan perasmiannya berkata ” adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membantu golongan asnaf ini dalam mendapatkan bekalan dan bukan hanya terletak pada pihak JKM, NGO dan Pusat Khidmat Masyarakat sahaja “.

Semoga ramai pihak berganding bahu membantu dalam kerja amal kebajikan seperti ini bagi meringankan beban juga sebagai amalan kita di dunia yang akan dinilai oleh Allah.

Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan bolehlah hubungi

Pengerusi Cakne Rakyat En.Shafie Md Esa di Talian : 013 923 8286
No akaun Bank Rakyat atas nama Cakne Rakyat 1103 0100 0870

dunjengka

jengkasejahtera