Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Selamat Menjalani Mesyuarat Agung Tahunan PAS 2021

320
SHARE

SELAMAT MENJALANI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS 2021

Selamat menjalani Mesyuarat Agung Tahunan PAS bagi tahun 2021 kepada seluruh ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang akan bermula pada hari ini, 10 September 2021.

Semenjak Mesyuarat Agung Tahunan pertama PAS yang diadakan pada 3 Januari 1953, PAS telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam usaha menggerakkan agenda dakwah dan tarbiah di Malaysia.

Justeru, perlu diingatkan kepada semua ahli bahawa Mesyuarat Agung/Muktamar merupakan medan muhasabah dan musyawarah yang penting untuk kita bersama-sama menambah baik gerak kerja jemaah dan parti. Maka, setiap perwakilan dan pemerhati sewajarnya memanfaatkan medan ini dengan sebaiknya.

Saya mendoakan semoga Mesyuarat Agung di setiap peringkat termasuk Cawangan, Kawasan dan Dewan-Dewan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan sehingga Muktamar Tahunan PAS ke-67 yang akan berlangsung pada 6 hingga 7 November 2021 nanti.

Semoga segala usaha kita dalam menegakkan Islam di negara tercinta ini diberkati dan diredai-Nya.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
10 September 2021 | 2 Safar 1443