Home Kenyataan Media PAS Sabah

PAS Sandakan komited imarahkan bulan Ramadan bantu golongan memerlukan

24
SHARE

Oleh : Hadjabal Abu Saini
26 April 2021

SANDAKAN : Sempena Ramadan yang sedang dilalui umat Islam, PAS meneruskan aktiviti mendekati golongan memerlukan seperti fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim bagi mengimarahkan bulan mulia ini melalui program kebajikan seperti bantuan pek barang dapur, pek sahur dan pek berbuka puasa.

Ia dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid ketika menyampaikan 250 pek sahur kepada waris pesakit, doktor, jururawat dan staf di Hospital Duchess of Kent, Sandakan dekat sini awal pagi semalam.

Katanyayang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan, tujuan utama program-program kebajikan ini diadakan bagi membantu umat Islam yang kurang bernasib baik menikmati juadah berbuka dan bersahur disamping membantu meringankan beban mereka.

Ujar Yang Dipertua PAS Sandakan itu lagi, pihaknya juga memberi peluang kepada orang ramai menyumbang wang ringgit bagi menjayakan program-program berkenaan sekaligus meraih pahala sedekah di bulan Ramadan yang berlipat kali ganda.

Dalam kesempatan itu, beliau juga menyeru orang ramai menyumbang ke akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan, 10043010001846 bagi menjayakan program kebajikan lain yang sedang dirancang oleh pihaknya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Sandakan, Ramlan Rahemen ketika menyampaikan 250 pek berbuka puasa pada hari sabtu kepada fakir miskin di Kampung At-Taqwa, Batu 2 dekat sini, telah berpesan kepada penduduk untuk memperbanyakkan amal ibadah dalam bulan Ramadan.

“Kita sebagai umat islam dianjurkan perbanyakan bersedekah, membuat amal ibadah serta perbanyakan berdoa, kerana bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk melakukan semua itu disamping kita diberikan pahala yang berlipat kali ganda,” ulas Ramlan.

Turut hadir dalam program kebajikan berkenaan ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain, Ketua Muslimat PAS Sandakan, Nurfaezah Junaidi dan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Mohd Ramlan Pandi.