Home Kenyataan Media PAS Sabah

Kunjungan hormat PAS ke Pejabat Kesihatan Sandakan bina hubungan erat

130
SHARE

Oleh : Hadjabal Abu Saini
6 Mei 2021

SANDAKAN : PAS Sandakan yang disertai PAS Libaran dan PAS Batu Sapi telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Sandakan pada selasa lalu dekat sini.

Kunjungan tersebut dibuat bagi membina hubungan erat antara PAS di daerah ini dengan petugas kesihatan yang merupakan barisan hadapan dalam negara.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dalam pertemuan itu menyebut PAS sedia memberikan kerjasama kepada pihak PKK Sandakan bagi menggerakkan agenda kesihatan di daerah ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan turun merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan khususnya pasukan PKK Sandakan yang selama ini berdedikasi dalam tugas masing-masing.

“Tanpa barisan hadapan, agak sukar sebenarnya rakyat untuk berhadapan dengan sebarang penyakit khususnya pandemik COVID-19 yang sedang kita perangi sekarang,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan.

Pegawai Kesihatan Sandakan, Dr Hj Johari Awang Besar dalam pertemuan itu juga mengalu-alukan dan berbesar hati dengan kehadiran PAS serta rombongannya.

Beliau dalam pertemuan itu telah menerangkan secara panjang lebar berkenaan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh PKK Sandakan dalam menjaga kesihatan rakyat.

Dr Hj Johari juga sangat berbesar hati dengan tawaran daripada PAS untuk bekerjasama dalam memacu agenda kesihatan rakyat.

Disamping itu, beliau telah memberikan saranan tertentu kepada PAS antaranya membantu bahagia promosi kesihatan, mengadakan pendaftaran vaksin COVID-19 dan lain-lain.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dan Timbalan Yang Dipertua PAS Libaran, Zulkifli Mohamad.