Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Selamat Hari Wartawan Nasional 2020

387
SHARE

Selamat Hari Wartawan Nasional 2020

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional 2020 khusus buat para wartawan yang telah berkhidmat dengan tekun dan komited.

Firman Allah SWT:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

Maksud : ‘”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah Al-Hujurat : Ayat 6)

Peranan wartawan dalam menyampaikan maklumat atau melaporkan berkenaan sesuatu peristiwa atau berita dengan tepat dan benar sangat penting.

Dengan berita yang bersifat tepat dan benar ini juga boleh membentuk aliran pemikiran sesebuah masyarakat yang bertamadun.

Tambahan pula dengan medium penyampaian maklumat yang sudah mengalami revolusi serta perkembangan media sosial, peranan wartawan terus ditagih.

Terima kasih atas pengorbanan masa, tenaga malah ada yang berjauhan dengan anak isteri serta terpaksa menggadai nyawa demi menggalas tugas.

Tidak dilupakan khusus buat wartawan lidah rasmi PAS iaitu Harakah dan Berita PAS mencurah bakti yang telah memberikan liputan dan kerjasama yang terbaik selama ini.

Jasa wartawan dikenang hingga ke akhir hayat.

Terima kasih.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
29 Mei 2020 | 6 Syawal 1441