Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Anggota Jabatan Amal PAS Bagan Datuk

1506
SHARE

Tahniah Anggota Jabatan Amal PAS Bagan Datuk

Tengah hari 27 Mei, anggota Jabatan Amal PAS Bagan Datuk yang juga merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fadhu Ain (KAFA), Muhammad Nor Imran Maula Abd Jalil telah bertarung nyawa menyelamatkan 5 remaja perempuan hanyut selepas kereta yang dinaiki oleh mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Teluk Sena, Kampung Gajah.

Beliau yang kebetulan menghampiri jalan itu menyaksikan detik cemas tersebut dan memberikan bantuan tanpa berfikir panjang bagi menyelamatkan 5 nyawa menunaikan tanggungjawab dan hak sesama Muslim.

Perkara ini mesti dicontohi dan dijadikan iktibar oleh semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sekiranya ada dalam kalangan kita yang memerlukan bantuan, kita seharuanya menghulurkan bantuan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Ustazah mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Anggota Jabatan Amal ini dan tindakan ini seharusnya diberikan perhatian dan penghargaan sewajarnya oleh pihak yang berautoriti.

Tahniah daripada kami semua!

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
28 Mei 2020, 5 Syawal 1441