Home Kenyataan Media PAS Melaka

Selamat Hari Jururawat Sedunia – PAS Melaka

787
SHARE

1. Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei setiap tahun bagi menghargai peranan dan sumbangan jururawat kepada masyarakat.

2. Tarikh ini diambil sempena dengan hari kelahiran ikon kejururawatan moden iaitu Florence Nightingale. Istilah dalam Bahasa Inggeris “nurse” berasal dari perkataan “nourice” yang bermaksud yang memberikan khasiat.

3. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi mereka ini merupakan ‘Frontliners’ yang bertungkus lumus memastikan Wabak-19 dalam Negara ini menurun dan mencatatkan prestasi yang terbaik.

4. Oleh itu, Perhubungan PAS Negeri Melaka merakamkan Selamat Hari Jururawat kepada semua.Terima kasih atas segala bakti kepada masyarakat dan negara. Mudah-mudahan Allah SWT membalas jasa baik dan pengorbanan kalian terhadap ummat.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

USTAZ KAMARUDDIN SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)