Home Kenyataan Media PAS Melaka

Selamat Hari Bapa | YDP PAS Tangga Batu

751
SHARE


Assalamualaikum

Selamat Hari Bapa
buat insan- insan yang bergelar Bapa,Ayah,Abah,Abi…

Sesungguhnya insan yang menggalas gelaran ini telah banyak berkorban sepanjang hayatnya untuk memastikan segala- galanya serba cukup buat keluarganya.

Pahit getir yang dilaluinya tidak mampu kita bayangkan dan sudah pasti tidak dipinta dibalas oleh anak-anaknya.

Keras dan tegasnya kamu menjadikan aku seorang insan pejuang.

Ayah
Keringat mu bercucur deras
Namun kau tetap tabah.
Meski pun nafas mu tersengal
Memikul beban semakin sarat
Kau tetap betahan
Semangat mu tak pernah pudar
Walaupun langkah mu semakin gementar..
Namun Kau tetap setia….

Cukuplah dengan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Nusa dan Bangsa.

Selamat Hari Bapa
buat setiap bapa, Andalah pejuang Keluarga…..

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”

Hj Bakri Jamaluddin
YDP PAS Tangga Batu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)