Home Artikel PAS Selangor

Muafakat Nasional Tingkat Kesedaran Derma Darah Pada Masyarakat.

528
SHARE

 

Sungai Besar 21 Jun 2020, Dewan Pemuda Pas Sungai Besar hari ini meneruskan agenda mendekatkan diri kepada masyarakat dengan memberi kesedaran betapa penting menderma darah.

Kempen yang diketuai ketua pemuda Pas Ust Ahsani Takwim dan Ketua pemuda Umno Dato’ Mohd Imran Tamrim bermula hari ini akan cuba diadakan seberapa kerap di kawasan Sungai Besar.

Hari ini kempen derma darah diadakan di Markas Pas Sungai Besar dengan sasaran kehadiran seramai 80 orang dan seterusnya akan disambung di masa akan datang oleh Pemuda Umno Bahagian Sungai Besar.

Mendidik kesedaran derma darah ini sangat perlu bagi membantu Hospital agar simpanan darah yang diperlukan sentiasa ditahap yang selesa.

Dianggarkan penggunaan darah setiap hari mencecah 30 beg mengikut keadaan semasa dan penggunaan sebulan diantara 500 ke 600 beg. Jumlah ini sentiasa berubah mengikut jumlah kemalangan atau pembedahan.

Semoga dengan usaha ini, dapatlah masyarakat bersama mengembeling tenaga agar dapat menampung keperluan di masa akan datang.

Maklumat terkini tentang kempen akan di sebarkan melalui media sosial facebook di Page Dewan Pemuda Pas Sungai Besar dan Hospital Teluk Intan.