Home Berita PAS Johor

Selamat bermuktamar – PJ Johor

148
SHARE

Oleh ABU HADIF

Kulai, 5 Nov : “Selamat bermuktamar kepada seluruh Perwakilan di Muktamar Tahunan Kali ke 67,”

Demikian ucapan daripada Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ), Ustaz Abdullah Husin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa muktamar merupakan medan muhasabah bersama untuk menyemak kembali gerak kerja dan susun atur semula dalam memberi nafas baru.

“Di bahu PAS terletak tanggungjawab menampilkan wajah Islam sebenar. Pemimpin dan ahli mesti bergerak seiring merealisasikan hasrat dan wawasan murni itu. Satu fikrah dan satu matlamat yang sama. Al-Quran dan As-Sunnah adalah tunjang perjuangan dalam PAS.

“Semoga Allah permudahkan segara urusan kita dan Muktamar Tahunan kali ini,” harapan beliau.

Muktamar Tahunan PAS kali ke 67 yang dijadualkan bermula esok 6 dan 7 November di Duyung Marina & Resort, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu bakal dihadiri oleh pimpinan dari seluruh negara.

Muktamar pada kali ini yang diadakan secara hibrid dengan kehadiran fizikal yang akan melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulamak, Pesuruhjaya PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan serta Yang Dipertua daripada setiap kawasan sahaja.

Manakala perwakilan mukmatar daripada setiap kawasan akan berkumpul di negeri masing- masing di tempat yang telah ditentukan oleh setiap Badan Perhubungan Negeri, untuk mengikuti perjalanan muktamar secara maya sepanjang dua hari berlangsung.

Semua perwakilan daripada kawasan-kawasan  Johor juga akan ditempatkan di Le Grandeur Palm Resort, Senai untuk mengikuti perjalanan program mukmatar tahunan secara maya.