Home Berita PAS Johor

Muktamar PAS Pusat : Alhamdulillah di Johor berjalan lancar

110
SHARE

Kulai,6 Nov: Alhamdulillah segala persiapan berjalan lancar meliputi petugas, pengendalian majlis, multimedia dan persiapan tempat. Semua perwakilan Johor seramai 105 orang daripada pelbagai kawasan juga telah hadir mendaftarkan diri pagi ini.

Demikian menurut Pengarah Muktamar Tahunan PAS peringkat negeri Johor, Azahari Muhamad ketika mengulas lanjut perjalanan muktamar pagi ini di Le Grandeur Palm Resort, Senai.

Beliau juga menyatakan pengalaman kali kedua pasukannya dalam pengendalian muktamar secara hybrid ini meyakinkannya segala perjalanan majlis akan berjalan dengan lancar.