Home Berita PAS Sarawak

Muslimat PAS Sarawak Siap Sedia Hadapi PRN12

300
SHARE

OLEH : HANNA BOLHAN

Sibu, 5 November 2021 : Seiring Pengumuman Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 3 November yang lalu, Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak menyambut baik perkara tersebut.

Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak Dayangku Huda Ahmad berkata, Muslimat PAS Sarawak mengambil maklum perkara tersebut dan telah pun bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Sehubungan dengan itu, Pelancaran Jentera Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak telah dijalankan pada Januari tahun lalu di sebuah hotel di Sibu, menunjukkan bahawa Muslimat PAS sudah bersedia untuk menghadapi Pilihanraya pada bila-bila masa sahaja.

“Pelbagai program telah dilaksanakan oleh Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak setelah pelancaran jentera di laksanakan, antaranya penubuhan Tabung Bencana Covid, di mana bantuan barangan keperluan dapur telah diagihkan kepada rakyat yang terjejas pendapatan secara ‘one-off” sepanjang tempoh dari awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan fasa terkini,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak juga telah membina lima buah titi di Dun Beting Maro di bawah Program Prihatin Sarawak bagi memenuhi permintaan penduduk setempat yang memerlukan titi untuk memudahkan urusan harian mereka.

Terkini, Muslimat PAS Negeri Sarawak juga sedang rancak menjalankan Ziarah Mahabbah dan Ziarah Kebajikan bagi memastikan supaya keperluan rakyat sentiasa diutamakan sekaligus memastikan PAS terus dikenali dan diterima oleh masyarakat sekeliling di seluruh Sarawak.

“Muslimat PAS Negeri Sarawak berharap PAS Sarawak mendapat kepercayaan daripada PAS Pusat untuk melahirkan Dun sulung di Sarawak, khususnya Dun Beting Maro pada PRN Ke-12 yang akan diadakan tidak lama lagi,” harap beliau.