Home Berita PAS Kedah

Sekelip mata hilang tempat tinggal

37
SHARE

PADANG SERAI – Sebuah keluarga di Kampung Padang Kulim menerima dugaan berat apabila mendapat perkhabaran bahawa rumah yang dihuni selama ini musnah lebih 80 peratus akibat kebakaran, Sabtu lalu.

Mangsa, Ishak Samsudin, 43 tahun berkata ketika kejadian pada pukul 2.35 pagi itu, beliau menerima panggilan daripada jirannya dan terus bergegas pulang untuk menyelamatkan barang-barang berharga, pakaian dan peralatan rumah.

Katanya, sejurus tiba beliau mendapati seluruh rumahnya telah hangus dalam kebakaran.

Nasib yang menimpa keluarga ini mendapat perhatian ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali apabila beliau turun menghulurkan bantuan kepada keluarga ini, semalam.

ADUN Merbau Pulas berharap Ishak sekeluarga dikurniakan kesabaran dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.