Home Berita PAS Kedah

Ahli Parlimen Jerai beri perhatian kes ketagihan dadah

30
SHARE

Oleh AMAL NABILA

SUNGAI PETANI – Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit mengadakan lawatan kerja ke penjara Sungai Petani, semalam.

Kehadiran Ustaz Sabri disambut baik oleh Pengarah Penolong Komersional Penjara, Nazri Mohamad dan Timbalan Pengarah Penguasa Penjara, Nor Hazran Che Abd Lah.

Perjumpaan lebih dua jam berkenaan membincangkan beberapa perkara berkaitan isu banduan; kes jenayah dan pelbagai lagi.

Katanya, Penjara Sungai Petani mempunyai 254 kakitangan dan memiliki tahanan berusia 16 hingga 21 tahun.

“Kesalahan melibatkan bawah usia 16 tahun diletakkan di bawah akta kanak-kanak dan dikenakan tindakan di Henry Gurney.

“Kesemua mereka yang keluar dari tahanan Henry Gurney boleh memohon pekerjaan seperti biasa kerana nama mereka tidak di rekod,” katanya di posting Facebook beliau.

Ujarnya lagi, kadar kemasukan banduan penjara Sungai Petani ialah 10 hingga 30 orang setiap hari dan majoriti mereka adalah kes dadah.

Turut serta, Pegawai Perpaduan Kuala Muda, Fakhzan Nasir.