Home Berita PAS Kedah

Sayu dan sedih menyelubungi ahli keluarga mangsa lemas di Kuala Ketil

325
SHARE

POKOK SENA – Sedih dan sayu apabila seorang anak jati Kampung Lengkuas disini, lemas bersama dua anaknya selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, Sabtu lalu.

Mashitoh Ibrahim, 37, yang merupakan seorang guru agama di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong itu bersama dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Mohd Ziyad Haziq, 5 meninggal dunia dalam kejadian.

Sehubungan itu, PAS Kawasan Pokok Sena hadir ke rumah keluarga mangsa bagi menghulurkan sumbangan.

Turut hadir AJK PAS Kawasan Pokok Sena yang diketuai oleh Setiausaha PAS Pokok Sena Sdr Firdaus bin Salleh memberikan sedikit sumbangan berbentuk wang tunai dan bantuan makanan kepada keluarga.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa dan kesalahannya, merahmati serta mengangkat darjatnya di kalangan orang-orang yang beriman.