Home Berita PAS Kedah

40 anggota Khidmat Malaysia Sik bantu cuci rumah mangsa banjir

120
SHARE

BELANTIK – Khidmat Pengurusan Kecemasan & Bencana Malaysia atau Khidmat Malaysia PAS Kawasan Sik telah menggerakkan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir di Kampung Pinang dan Kampung Belantik Dalam, semalam.

Pengerusi Khidmat Malaysia PAS Kawasan Sik, Rizuan Md Zain berkata, seramai 40 anggotanya telah turun awal pagi tadi untuk membantu penduduk yang terlibat dalam banjir.\

Menurutnya, kejadian banjir berlaku tengah malam semalam akibat hujan berlarutan dan beberapa buah rumah yang berada berdekatan sungai ditenggelami.

“Di Kampung Lintang 11 buah ditenggelami air, Kampung Belantik Dalam 25 buah, Kampung Belantik Luar 7 buah, Kampung Kubang 1 buah, Kampung Lubok Tualang 20 buah lebih termasuk sebuah sekolah rendah, di Kampung Lintang sebuah rumah roboh akibat dibawa air sungai, insya-Allah kerja-kerja pembersihan akan disambung lagi esok.” katanya.

Ketua PAS Cawangan Kampung Pinang, Harun bin Md Piah berkata, di Kampung Pinang 40 buah rumah ditenggelami air sungai dan kami membuka pusat penempatan sementara mangsa banjir di Surau Kampung Pinang ini, kita memasak jamuan untuk mangsa banjir juga di sini.

Khidmat Malaysia PAS Kawasan Sik membuka peluang untuk tuan/puan membantu mangsa banjir dan boleh terus hubungi Pengerusi Khidmat Malaysia PAS Kawasan Sik ditalian; 013-449 2287, Rizuan bin Md Zain.