Home Berita PAS Kedah

SAY Sungai Petani santuni 50 penduduk

10
SHARE

KUALA MUDA, 25 Julai : Program menyantuni rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan terus menjadi fokus Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani.

Peka dengan situasi semasa, seramai 50 keluarga di Kampung Padang Regent, Kampung Sungai Reba dan Taman Peruda di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada SAY Sungai Petani pada 25 Julai. Mereka terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan pesakit kronik yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berkuatkuasa.

Sumbangan disampaikan Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun dan Naib Pengerusi Masjid Sungai Pasir, Haji Mad Noor Wahab. Hadir sama ialah seramai lapan ahli SAY Sungai Petani. Sebagai usaha Melestari Gerakan Dakwah, YADIM mengalu-alukan seluruh masyarakat bagi memberi sokongan dan dokongan dengan mendaftarkan diri sebagai tenaga sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) ujar Basor Harun.