Home Artikel PAS Johor

Sasaran 10k Bakal Direalisasikan

247 views
SHARE
Sasaran 10k Bakal Direalisasikan

Pesuruhjaya Johor, YB Abdullah Husin berharap sasaran Fastaqim 2.5 dengan menghimpunkan 10k pengunjung berjaya direalisasikan menjelang acara kemuncak malam ini.

Katanya, program Pra-Fastaqim yang dilancarkan seawal jam 8.30 pagi hari ini berjalan lancar dan meriah dengan sambutan orang ramai.

Dalam masa sama, beliau yang juga selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri berkata, setiap kawasan telah menyatakan sokongan mereka dengan menghantar seramai mungkin peserta ke Fastaqim.

“Setiap kawasan meletakkan jumlah tetap sekurang-kurangnya 200 orang akan hadir.

“Terdapat 26 kawasan di seluruh Johor termasuk dewan-dewan.

“Saya berharap rakyat Johor dapat luangkan masa untuk hadir ke Fastaqim terutama pada acara kemuncak malam ini,” ujarnya.

YB Abdullah turut menzahirkan penghargaan beliau terhadap semua pihak yang terlibat menjayakan Fastaqim tersebut.

Beliau berkata, tenaga kerja di Negeri Johor sedikit berbeza dengan negeri lain yang sudah beberapa kali menganjurkan program mega sebelum ini.

Berbicara mengenai persiapan program, beliau berkata PAS kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Johor dan program PAS telah mendapat sokongan ramai.