Home Artikel PAS Johor

Pra Fastaqim JDT Semakin Rancak Sasar 10K

789 views
SHARE

Pra Fastaqim JDT Semakin Rancak Sasar 10K

oleh : Aisyah y

Parit Raja – PAS Johor yakin dapat mencapai sasaran himpunan 2.5 JDT seramai 10K menjelang acara kemuncak malam ini.

“Kita mensasarkan peserta himpunan mencapai angka yang ditetapkan memandangkan himpunan ini bertujuan mengumpulkan seluruh jentera pilihanraya PAS Johor sebagai persediaan menjelang PRU akan datang.” Cetus YB Ustaz Abdullah Bin Husin, Pesuruhjaya PAS Johor di sini, hari ini.

Pra Fastaqim JDT hari ini turut mendapat perhatian penduduk setempat, bukan sahaja ahli PAS , menunjukkan bahawa pendekatan lunak PAS berteraskan BPMS berjaya menarik masyarakat.

Dalam pada itu, banyak acara dianjurkan sempena pra fastaqim antaranya, konvoi ARC, persembahan seni silat,pentas pidato anak muda, sukaneka dan turut diadakan, himpunan guru PASTI seluruh Johor di dewan UTHM

Sekalipun berdepan pelbagai isu termasuk fitnah, PAS johor tetap kukuh dan percaya parti itu mampu menarik lebih ramai lagi masyarakat khususnya warga JDT.