Home Artikel PAS Johor

Memanah Sambil Berkuda, Kokurikulum Baru SRITI bersama AHRAC

151 views
SHARE
Memanah Sambil Berkuda, Kokurikulum Baru SRITI bersama AHRAC

oleh : Aisyah Y

PARIT RAJA: Selain menekankan pembangunan modal insan, SRITI dengan kerjasama AHRAC, Alternative Horse Riding and Archery bercadang untuk mempertingkatkan lagi sukan sunnah dalam kalangan para pelajar SRITI dengan menggabungkan dua elemen sukan tersebut.

Pengerusi AHRAC, Saudara Nuraffendi Bin Zabiri berkata Kelab di bawah kendalian PAS Pusat itu baru sahaja membuat pelancaran di Dewan Tok Guru, Rusila Januari lalu dan Johor merupakan negeri kedua penubuhan Kelab AHRAC selepas Terengganu.

“Ramai orang menganggap sukan berkuda ini untuk golongan elit sahaja , sebab itu kita gabungkan bersama sukan memanah bagi membuka mata masyarakat bahawasanya sukan ini mampu dipraktikkan oleh semua lapisan masyarakat.” Ulasnya ketika menekankan sukan sunnah yang sepatutnya diberi galakan kepada setiap lapisan masyarakat baik kanak-kanak mahupun dewasa.

Oleh itu beliau mempelawa mana-mana individu yang berminat menyertai sukan sunnah ini untuk turut sama menyertai kelab AHRAC dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial rasmi, ‘facebook’ AHRAC Malaysia.