Home Berita PAS Kedah

Santai Anak Muda DPPKK meriah

121
SHARE

YAN – Program Santai Anak Muda anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah dengan kerjasama ARC Kuala Kedah berlangsung dengan meriah selepas berjaya menarik lebih 30 anak muda, semalam.

Aktiviti dimulai dengan acara konvoi motosikal ke Amandara Mandi, Yan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, Ustaz Majdi Hussain.

Para peserta disajikan dengan aktiviti sukaneka, tarik tali, bbq, mandi manda dan kemuncaknya dapat menikmati durian di kebun milik Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berpandangan bahawa aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama saudara.

“Selain itu, aktiviti ini dapat memberikan manfaat kepada golongan belia secara langsung mengelakkan mereka daripada terjerumus melakukan gejala negatif,” katanya.

Kemuncaknya, para peserta berpeluang menikmati durian di kebun milik Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

Turut hadir Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Saudara Abdul Basir Ahmad.