Home Berita PAS Perak

Pelantikan Timbalan Pesuruhjaya Tiga PAS Negeri Perak yang baru

134
SHARE

Pelantikan Timbalan Pesuruhjaya Tiga PAS Negeri Perak yang baru.

PAS negeri Perak sedang mengemaskini organisasi kepimpinan khususnya menjelang pilihanraya. Ini berikutan kematian almarhum Ustaz Mustafa Shaari, Timbalan Pesuruhjaya 1 yang juga ketua lajnah Tarbiah. Menyedari kepentingan tarbiah dalam PAS demi menjaga keaslian perjuangan, maka Ustaz Suhaimi Wafir yang juga naib Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Perak dilantik mengisi jawatan Timbalan Pesuruhjaya Tiga.

Timbalan Pesuruhjaya Satu di amanahkan kepada YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin yang sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya Dua. Beliau bertanggungjawab menguruskan pemerkasaan parti. Timbalan Pesuruhjaya Dua disandang Tn Haji Rosli yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Tiga sebelum ini.

Ustaz Suhaimi dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tiga sekaligus memimpin Lajnah Tarbiah meneruskan legasi perjuangan almarhum. Tarbiah adalah elemen terpenting dalam pembinaan organisasi PAS. Perubahan struktur ini tidak melibatkan jawatan lain

YB Hj Razman Zakaria selaku Pesuruhjaya PAS Perak mengumumkan perlantikan ini dalam mesyuarat bulanan Badan Perhubungan PAS Perak Jumaat lepas.

Fairuz Hafiizh Bin Othman
Setiausaha BPPN