Home Berita PAS Perak

PASTI Al Azhar juara bola sepak , PASTI Nurul Haq juara bola jaring

486
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG,19 Jun : Pesta Bola Sepak dan Bola Jaring PASTI Kawasan Bukit Gantang telah dilangsungkan dengan penuh meriah di Arena Futsal Bukit Gantang di sini pagi tadi.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri yang berpandangan bahawa aktiviti tahunan sebegini amat penting untuk dilaksanakan kerana inilah nilai dan mutu perkhidmatan yang ada perlu di mana-mana PASTI.

“Selain itu, ianya menjadi medium untuk merapatkan hubungan ukhuwwah di antara pihak pengurusan, ibu bapa, guru dan para pelajar”, tambah beliau lagi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS PAS Kawasan Bukit Gantang , Hj Rahim Ismail yang menegaskan, “Peranan kita semua disini adalah untuk memastikan PASTI dijadikan pilihan utama masyarakat dan aktiviti sukan ini boleh dijadikan sebagai medan dakwah kita bersama.

Gelagat anak-anak amat dirasai disamping sorakan semangat dari ibu bapa serta hadirin bagi memberi sokongan padu bermula dari awal sehingga tamat perlawanan.

Pesta kali ini berjaya menarik penyertaan sebanyak 10 pasukan bola sepak dan 12 pasukan bola jaring.

PASTI Al Azhar ,Simpang muncul Johan acara bola sepak manakala acara bola jaring pula dimenangi PASTI Nurul Haq ,Taman Mewah.

Pasukan yang menang akan mewakili PASTI Bukit Gantang untuk bertanding peringkat zon di Kuala Kangsar nanti.