Home Artikel PAS Melaka

Sanitasi masjid dan surau Pemuda PN di DUN Tanjung Bidara

266
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 22 Feb : Skuad Disinfeksi Pemuda Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah meneruskan khidmat bakti program berkala sanitasi masjid dan surau dengan kali ini program berlangsung di sekitar Dun Tanjung Bidara semalam.

Sebanyak enam buah surau telah terlibat dalam aktiviti sanitasi ini bermula dengan Surau At Taufiki pada jam 8.30 pagi, diikuti dengan Surau Hulu Kampung Lubok Redan, Surau Hilir Kampung Lubok Redan, Surau Taman Abdullah Samad Lubok Redan, Surau Taman Bidara Permai Pengkalan Balak, Surau Al Khairiah Solok Mangga Pengkalan Balak dan Masjid Al Jawahir Pengkalan Balak.

Kerjasama baik telah diberikan oleh semua pengerusi masjid dan surau yang terlibat seperti yang dizahirkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Abu Naufal Samsudin.

“Kita mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pengerusi masjid dan surau terbabit dan aktiviti ini berjalan dengan lancar.

“Dan insya-Allah seterusnya kita akan turun ke Dun Kuala Linggi minggu depan,” ujar beliau.

Program ini berakhir di Surau Al Khairiah Solok Mangga Pengkalan Balak pada jam 12.30 tengahari.

Turut sama dalam program ini ialah Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman dan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Zafaizah Ab Lah.