Home Berita PAS Melaka

PJ PAS Melaka ziarah penduduk sekitar Durian Tunggal

288
SHARE

Oleh : Ahmad Kautsar

ALOR GAJAH, 22 Feb : Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek telah menziarahi penduduk sekitar DUN Durian Tunggal dalam Parlimen Alor Gajah, di sini, semalam.

Dalam ziarah itu rombongan Pesuruhjaya PAS itu turut mengedarkan kit sumbangan makanan yang melibatkan seramai 10 orang penerima.

Kit sumbangan yang diberikan bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang terjejas akibat Covid-19.

Turut bersama di dalam program ini ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Melaka, Mohsin Ibrahim, pimpinan Bersatu Alor Gajah dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya Dun (JPRD) PAS Durian Tunggal.