Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Sambutan Hari Tentera Darat: Tunjang Kedaulatan Negara

502
SHARE

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Sambutan Hari Tentera Darat: Tunjang Kedaulatan Negara

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Tentera Darat Malaysia ke-88 kepada seluruh warga angkatan Tentera Darat pada tanggal 1 Mac 2021.

Pengorbanan angkatan Tentera Darat sebagai barisan hadapan melaksanakan tugas selama ini khususnya dalam membantu kerajaan mengawal penularan wabak pandemik COVID-19 merupakan jasa yang besar. Sumbangan tenaga tanpa mengira penat lelah semata-mata untuk menjaga kedaulatan negara ini wajar dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sebagai penghargaan kepada anggota angkatan Tentera Darat, PAS menyeru kepada seluruh masyarakat untuk terus kekal mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) sebagai tanda kerjasama kepada seluruh barisan hadapan demi kesejahteraan negara.

‘Sinergi Tentera Darat dan Rakyat: Tunjang Kedaulatan Negara’

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
1 Mac 2020 | 16 Rejab 1442