SALAM TAKZIAH
Kami dari kepimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Ustazah Salina binti Jaafar di atas pemergiannya dijemput Ilahi pada jam 9.26 malam tadi.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam kalangan orang-orang yang beriman.
Beliau merupakan Mantan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Muar (Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan) yang melepaskan jawatan atas faktor kesihatan.
Beliau adalah seorang yang gigih menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan sama ada sebagai AJK atau tugas utamanya sebagai Guru PASTI Imtiaz, Muar.
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا وَأَكْرِمْ نُزُلَهُا وَوَسِعْ مَدْخَلَهُا وَاغْسِلْهُا بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْت الثوب الابيض من الدنس
Alfatihah.
PUAN FATIMAH BINTI ISMAIL
Ketua Muslimat,
Dewan Muslimat PAS Negeri Johor 2019/2021