Home Artikel PAS Sabah

PAS Kudat Bantu 400 Keluarga

363
SHARE

Oleh : Rahmat Jumrael
03 April 2020

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PAS Kudat mengambil inisiatif awal untuk membantu golongan asnaf demi meringankan beban mereka.

Bermula 25 Mac yang lalu PAS Kudat mengagihkan sumbangan berupa barang keperluan asas kepada masyarakat sekitar Kudat tanpa mengira agama, bangsa dan parti politik atas dasar kemanusiaan.

Sehingga hari ini, lebih 400 orang telah menerima sumbangan ini secara berperingkat dan akan lebih ramai lagi yang bakal diberikan mengikut kemampuan PAS kawasan Kudat.

Dana yang telah diperolehi ini merupakan hasil daripada sumbangan ahli-ahli PAS dan masyarakat sekitar Kudat umumnya.

Rata-rata penerima sumbangan menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang telah menginfak kerana telah meringankan keperitan hidup mereka sepanjang PKP berlangsung.

Agihan sumbangan ini turut disertai oleh Ahmad Bin Kapok Ketua Lajnah
Perhubungan NGO, ahli jawatan kuasa Lajnah Kebajikan PAS kawasan Kudat, AJK Dewan muslimat PAS Kawasan Kudat, AJK Pemuda PAS kawasan Kudat, AJK Lajnah penerangan PAS kawasan Kudat, AJK Dewan Ulamak PAS kawasan Kudat, AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan Kudat, AJK Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Kudat.

PAS Kudat sangat berharap jika ada mana-mana individu yang mahu menghulurkan bantuan bagi membantu golongan terjejas ini, bolehlah sumbangkan ke akaun PAS Kudat:

Parti Islam SeMalaysia Kawasan Kudat
16-9002-0154-073 (AmBANK BERHAD)