Home Artikel PAS Wilayah

Tahniah Tuan Guru Sebagai Duta Khas Malaysia untuk Timur Tengah

343
SHARE

PAS Kawasan Titiwangsa melahirkan rasa syukur dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG kerana dilantik sebagai DUTA KHAS bertaraf Menteri ke Timur Tengah.

Lantikan ini sesuai dengan pencapaian Tuan Guru dan ketokohannya dalam dunia politik Islam. Bukan itu sahaja, malah Tuan Guru juga terlibat dan mempunyai pengalaman luas dengan dunia politik Timur Tengah sejak tahun 1980an hinggalah sekarang , selain terlibat dalam bidang politik dalaman negara.

PAS Kawasan Titiwangsa turut mendoakan agar YB. Tuan Guru ke Timur Tengah membawa misi Kerajaan sentiasa berjaya dan mendapat perlindungan serta rahmat Allah sentiasa.

Oleh itu, kami juga berharap dengan perlantikan ini, menjadi satu kekuatan buat Perikatan Nasional dalam membina semula negara Malaysia yang aman, adil dan mewujudkan kesejahteraan untuk semua rakyat.

 

Islam Memimpin Perpaduan

HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa

3 April 2020 |
9 Sya’aban 1441H