1. Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang terbaik bagi seluruh umat manusia.
2. Antara sifat mulia Nabi Muhammad SAW yang wajar diikuti adalah bersifat benar dalam semua perkataan, perbuatan, bersifat jujur, dipercayai dan bijaksana dalam menyampaikan dakwah.
3. Sekiranya kita membaca sirah Nabi Muhammad SAW jelas menunjukkan Baginda sebagai seorang pemimpin yang beretika tinggi dengan akhlak yang mulia merangkumi sifat-sifat integriti, kejujuran, amanah dan ianya begitu sebati sehingga baginda diberi gelaran ‘Al-Amin.’
4. Justeru, sempena hari Maulidur Rasul pada esok, 19 Oktober 2021 bersamaan 12 Rabiul Awal 1443 Hijrah, marilah kita sama menghayati bait-bait khutbah terakhir baginda yang penuh tersirat pengajaran yang sewajarnya diguna pakai dalam kehidupan kita setiap hari.
“Salam Maulidur Rasul 1443H”
“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka