Home Kenyataan Media PAS Melaka

Salam Maulidurrasul 1443H PAS Kawasan Masjid Tanah

46
SHARE

SEMPENA Maulidur Rasul SAW ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Marilah sama-sama kita berazam untuk mengkaji sirah perjuangan dan seterusnya mengikuti segala perintah serta meninggalkan segala larangan Allah SWT sebagai tanda cinta kita kepada junjungan besar Nabi SAW yang berjuang demi Islam sampai kepada kita semua pada hari ini.

Begitu juga bibir dan hati kita sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

(Surah Al-Ahzab: 56)

Ikhlas dari kami:

USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Masjid Tanah

ASRI SHAIK ABDUL AZIZ
Timbalan Yang Dipertua (TYDP)

USTAZ AZMI SAMBUL
Naib Yang Dipertua (NYDP)

Dan seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Masjid Tanah, Melaka Sesi 2021-2023