Orang ramai dijemput meraikan Hari Raya Aidilfitri di Dataran MBI Desaku di Padang Meha sempena penganjuran Majlis Jamuan Aidilfitri, 14 Mei ini.
Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, YB Dato’ Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali hari ini menjemput seluruh masyarakat hadir.
“InsyaAllah banyak juadah enak, jemput menikmati kesemua juadah yang disediakan” katanya.