Home Rencana PAS Kedah

Penduduk Kg Sera Mukim Sungai Ular Gotong Royong Membaiki Saluran Paip Air Masyarakat.

170
SHARE

 

Oleh HAKIMI ALANG

KULIM, 12 Feb 2022: Kerihatinan dengan isu kerosakkan paip air masyarakat sungai ular yang telah wujud lebih 40 tahun dulu dan memerlukan pembaikan segera, seramai 50 penduduk kampung mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong membaiki saluran air masyarakat pagi tadi.

Disebabkan keadaannya paip yang sudah lama wujud dan agak uzur, penduduk kampung tampil menghulurkan bantuan membaiki paip air masyarakat dan membersihkan persekitaran laluan paip air demi kepentingan bersama.

Menurut Pengerusi JPKK Sungai Ular En.Puad Awang , aktiviti bergotong-royong telah sebati dalam kalangan penduduk kampung Sungai Ular.

Apabila aktiviti gotong-royong diadakan, penduduk katanya akan keluar beramai-ramai menggembleng tenaga membersihkan termasuk menyelenggara sistem paip air graviti.

Kini katanya, aktiviti gotong-royong mula menekankan kerja amal membaik pulih rumah penduduk dan antara yang mendapat perhatian kali ini ialah membaiki dan meyelenggara kerosakkan paip air masyarakat di Sungai Ular.

“Kami sama-sama menggantikan paip yang rosak dan uzur serta membersih laluan paip air ke kampung dari atas bukit disepanjang laluan paip agar lebih bersih berbanding keadaan sebelumnya yang agak semak,” kata En Puad.

Dato Ustazah Ashah Ghazali selaku Adun kawasan Merbau Pulas , turut melapangkan masa dengan meninjau sendiri tempat takungan air tersebut yang terletak kira -kira enam kilometer diatas bukit yang terpaksa melalui celah celah pokok kelapa sawit dengan menaiki pacuan empat roda.

Tambah beliau lagi, beliau merasa amat teruja dan kagum dengan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh Pihak Masjid Al Furqan Sg Ular, JPKK, penduduk Kg Sera dalam menjayakan misi tersebut. Turut hadir bersama Dato Ustazah Ashah Ghazali , Pengarah PKWR Cikgu Sazali Sudin, Pegawai Khas PKWR Tn hj Shibli Saud serta Pegawai-Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas Pn Khaleeda, Pn Halimaton,Pn Nazatul, En Nazri Wahab .

Dato Ustazah Ashah juga mengucapkan tahniah atas sikap keperihatinan buat semua yang sama sama membaiki dan meyelenggara paip air masyarakat ketika meraikan peserta gotong royong tadi.