Home Rencana PAS Kedah

Sambutan Majlis Ambang Tahun Baharu di Parlimen Jerai meriah

329
SHARE

JERAI, 4 Jan – Malam terakhir setiap tahun lazimnya disambut oleh masyarakat bagi meraikan kedatangan tahun baharu pada hari berikutnya. Parlimen Jerai turut tidak terkecuali mengadakan sambutan majlis ambang tahun baharu dengan meriah. Meskipun begitu, dalam kemeriahan ini kita masih lagi menghormati saudara-saudara yang ditimpa musibah banjir baru-baru ini.

Tiada tarian dan letupan bunga api dilakukan tetapi ianya digantikan dengan alunan nasyid serta bacaan doa tahlil bagi memohon pertolongan Allah SWT supaya menguatkan hati kita untuk menempuh ujian-ujian pada masa akan datang.

Kumpulan nasyid yang hadir membuat persembahan ialah In Team; Dzil Afnan; Darul Mustafa dan turut dimeriahkan dengan celoteh DJ ED Pisang di dataran Water Front, Pantai Murni.

Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Sabri Azit turut menyampaikan ucapan sempena sambutan malam tahun baru berkenaan.

Selain itu juga turut diadakan Forum Perdana di mana ahli panel yang hadir ialah Ustaz Dr Haji Mohd Zamri Mohd Zainudin dan Prof Madya Dr Mohamad Khadfi Hj Rofie, manakala pengacara forum ialah Tuan Rosaidi.