Home Berita PAS Kedah

Bantuan bekalan air buat penduduk Ayer Hitam

33
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam turut bantu dalam misi menghantar bantuan bekalan air buat penduduk di sekitar Dun Ayer Hitam yang mengalami masalah terputus bekalan air.

Menurut ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim, sempena musim perayaan terdapat ramai penduduk di sekitar DUN Ayer Hitam membuat aduan mengalami masalah tersebut.

“Diantara tempat yang terjejas ialah di Pida-6, Pida 7, Pida-6 gerbi, Lana Bulu, Pondok Ayer Hitam dan Golok Puting.

“Syabas dan terima kasih kepada Jabatan Amal Jerlun , Khidmat Malaysia Jerlun dan Jerlun Care atas usaha membantu SADA Ayer Hitam menghantar air bersih ke rumah-rumah yang terputus bekalan air,” katanya.
Pihak Pkwr Dun Ayer Hitam menyediakan kenderaan dan keperluan secukupnya bagi membantu pihak Jabatan Amal yang berkorban tenaga dan masa untuk memastikan bantuan bekalan air sampai.