Home Berita PAS Kedah

Baju raya buat 120 asnaf DUN Bayu

29
SHARE

BALING – Pusat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) DUN Bayu menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 120 orang anak-anak asnaf untuk membeli pakaian baharu bagi menyambut kedatangan Aidilfitri.

Penyampaian sumbangan ini diadakan di sekitar perkarangan Pasaraya Billion di Batu 42, Pulai, Baling.

ADUN Bayu, YB Cikgu Abd Nasir telah menyempurnakan penyampaian tersebut dan turut meluangkan masa bersama anak-anak untuk memilih pakaian di beberapa kedai berhampiran.

Program kali ini dibantu oleh isteri Adun Bayu sendiri Puan Che Som dan beberapa orang dari Hal Ehwal Wanita ( Helwa ) Dun Bayu serta beberapa orang dari MTD Dun Bayu bagi menjayakan program.

Adun Bayu, YB Cikgu Abd Nasir turut menzahirkan perasaan syukur dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Kedah dan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.