Home Berita PAS Kedah

Robotik Muda cungkil bakat baru

16
SHARE

POKOK SENA, 23 Okt- Program Robotik Muda menjadi platform terbaik cungkil bakat muda bidang teknologi robotik. 

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah Wan Romani Wan Salim berkata “program ini merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat baru anak muda yang meminati bidang robotik”.  

Program yang dijalankan selama 2 hari ini telah diadakan di Sekolah Rendah Islam Tunas Islam (SRITI) Raudhatul Assolihin Pokok Sena dan merupakan SRITI pertama sebelum ia akan dijalankan ke semua SRITI di daerah lain di Negeri Kedah ini.  

Menurut Wan Romani lagi, para peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman untuk membuat pengaturcaraan komputer sehinggalah mereka mampu menggerakkan robot di akhir program.  

Program ini merupakan kerjasama Kerajaan Kedah bersama NGO Skuad Prihatin Kedah dan tenaga pengajarnya dari Syarikat ILM Creative Technology Sdn Bhd.  

Beliau berkata, Program ini juga menunjukkan keseriusan Kerajaan Kedah bagi memastikan Rakyat Kedah terus berkembang bersama kemajuan Negara Malaysia dalam menuju Revolusi Perindustrian 5.0.