Home Berita PAS Kelantan

RMK-12 : Projek pembangunan di Kelantan meningkat berbanding tahun lepas

275
SHARE

KOTA BHARU, 17 Jan: Menteri Kewangan YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sepanjang tahun 2022 sebanyak 351 projek telah diluluskan dibawah Ruling Plan ke-2 Rancangan Malaysia ke Dua Belas (RMK-12) dengan peruntukan RM 23.9 billion kepada Negeri Kelantan yang dilihat meningkat berbanding tahun lalu sebanyak 340 projek dengan kos RM1.8 bilion.

Menurutnya, antara projek yang telah diluluskan adalah pembinaan Jambatan Palekbang-Kota Bharu yang membabitkan kos projek berjumlah RM250 juta, manakala bagi Projek Rumah Mesra Rakyat bernilai RM102 juta serta pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) adalah berjumlah RM483 juta.

Seterusnya, bagi penyaluran peruntukan banjir bantuan keluarga Malaysia (BKM) kepada negeri ini antaranya adalah bantuan wang ehsan yang telah disalurkan kepada seramai 4,323 orang ketua isi rumah dengan implikasi kewangan adalah sebanyak RM 4.3 juta.

Sementara itu, bagi barangan keperluan asas juga disalurkan dan selebihnya bantuan lain juga akan diberikan secara berperingkat kepada jabatan-jabatan serta agensi yang ada.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taklimat Bajet 2022 bersama penjawat awam Negeri Kelantan yang bertempat di Dewan jamuan Utama Kompleks Kota Darulnaim. Turut hadir YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Dato’ Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri YB Dato’ Nazran Muhammad.