Home Berita PAS Kelantan

RM544,000 Bakul Makanan Pemulih Untuk Rakyat Tumpat

25
SHARE

Alhamdulillah, sebanyak RM544,000 jumlah keseluruhan yang diberikan kepada rakyat Tumpat melalui DUN-DUN dalam Parlimen Tumpat termasuk Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Tumpat yang juga Timbalan Menteri Pertanian II, YB Dato Che Abdullah bin Mat Nawi.

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tumpat menyalurkan sebanyak RM244,000 sebagai peruntukan tambahan kepada RM300,000 Bantuan Bakul Makanan PEMULIH.

Setiap DUN menerima RM100,000. Setiap Mukim pula menerima 30 Bakul Makanan yang disediakan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tumpat sendiri untuk diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.