Home Berita PAS Perak

PAS Lumut santuni masyarakat Cina dan Melayu

37
SHARE

Oleh : Che Sam

LUMUT, Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Lumut turun padang menyantuni masyarakat Cina dan Melayu di Batu 8 Lekir serta Pasir Panjang Laut, di sini hari ini.

Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut, Rosli Abd Rahman ketika ditemui memaklumkan aktiviti tersebut menjadi rutin mingguan ada setiap hari Rabu untuk turun padang bertemu masyarakat dalam Parlimen Lumut.

“Pada kali ini kami bertemu lima buah keluarga Cina di Batu 8 Lekir dan empat buah keluarga Melayu Teluk Penchalang serta sebuah keluarga saudara baru.

“Mereka adalah antara keluarga yang sangat terkesan dengan pandemik Covid-19 ketika ini khususnya seorang ibu tunggal bersama 5 orang anak di samping turut menjaga ibunya yang uzur,” ujar Rosli.

Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Manjung berkata, kesemua penerima bantuan menerima barangan keperluan asas dapur dan wang ringgit hasil sumbangan ahli PAS dan orang ramai.

Turut hadir bersama, Ahli Majlis Perbandaran Manjung yang juga merupakan Setiausaha PAS, Hamidun Ahmad dan Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Lumut, Zaharah Husin.

Para dermawan dan masyarakat yang ingin menghulurkan sumbangan boleh hadir ke Pejabat PAS Kawasan Lumut dengan menghubungi Puan Zaharah Husin di talian 019-5157002 atau boleh memasukkannya ke akaun Bank Islam, 08059010000292 atas nama Tetuan PAS Kawasan Lumut.