Home Berita PAS Kelantan

RM42,000 dari Kijang untuk Palestin

93
SHARE
KIJANG, 20 Mei: Setelah tiga hari Penghulu, Pemuda, dan Muslimat Dun Kijang berkerjasama memulakan kutipan tabung sumbangan Palestin secara rumah ke rumah, drive-thru jalanan, banking online dan sebagainya dengan secara rasminya hasil kutipan untuk tabung Palestin bagi Dun Kijang berjumlah RM42,000. Ucapan penghargaan kepada penderma dan penyumbang diatas keikhlasan dan kesungguhan dalam memberi oleh rakyat Dun Kijang dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas sekarang ini yang dinilai Allah SWT. Serta terima kasih juga tidak terhingga kepada semua penghulu, pemuda, dan muslimat di atas kesungguhan turun padang mencari penyumbang dengan cara kreatif di musim pandemik ini.