Home Berita PAS Kedah

RM230K pasang rumah pam air untuk penduduk Pulau Sayak

242
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

PANTAI MERDEKA, 10 Nov – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pantai Merdeka memperuntukkan RM230 Ribu memasang rumah pam di Kampung Pulau Sayak dalam usaha menangani masalah gangguan bekalan air bersih.

Jurucakap PKWR Pantai Merdeka berkata pemasangan rumah pam Kampung Pulau Sayak, sudah bermula minggu lalu dan dijangka siap dalam waktu terdekat.

“InsyaAllah masalah air di Pulau Sayak yang berlanjutan selama lebih 30 tahun akan dapat diselesaikan dengan terbinanya rumah pam ini”, katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka berkata, bagi menangani masalah air di Pulau Sayak juga dua telaga tiub berjumlah RM40 Ribu telah siap dibina.

“satu tangki air besar yang mampu menampung 400 gelen air juga telah siap dibina untuk manfaat penduduk Pulau Sayak”, katanya.

Tambah beliau, bantuan air tambahan dari PKWR Pantai Merdeka kepada penduduk Pulau Sayak sedang giat dijalankan sementera menunggu rumah pam siap dibina sepenuhnya.

Penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air boleh hubungi Pejabat PKWR Pantai Merdeka di talian 013-5338100 dan JPKK Pulau Sayak untuk aduan dan bantuan.